fbpx

Mir mula rasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR kini mendahului senarai pelumba dengan kelebihan 14 mata berbanding Quartararo berbaki tiga lagi baki perlumbaan musim ini. – AFP

VALENCIA, Sepanyol – Pelumba Suzuki Ecstars, Joan Mir me­ngakui mula merasai tertekan apabila dia semakin hampir menjadi juara dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) meskipun belum berupaya untuk memenangi sebarang perlumbaan pada musim ini.

Perlumbaan MotoGP kini ha­nya berbaki tiga perlumbaan dan hanya mempunyai 75 mata untuk direbut sebelum ia menutup tirai secara rasmi pada saingan ter­akhir di Grand Prix (GP) Portugal pada 22 November ini nanti.

Pelumba Suzuki itu hanya di­pisahkan 14 mata dengan pelumba Petronas, Fabio Quartararo dan dijangka berdepan tekanan hebat enam pelumba kelompok teratas musim ini yang dilihat berpotensi untuk menaiki podium sekiranya Mir gagal menamatkan perlumbaan.

“Sejujurnya, saya tidak peduli dengan yang lain. Saya hanya peduli dengan perasaan saya di atas jentera. Saya akan memberikan 100 peratus sepanjang hujung minggu ini. Kami berada di hadapan dengan baki tiga perlumbaan dan ia bukanlah sesuatu yang sukar.

“Tetapi, perkara yang paling penting ketika ini adalah kami kekal konsisten. Berusaha keras untuk memburu kejuaraan me­rupakan tekanan yang semua pelumba rasai.

“Yang penting kita tahu ba­gaimana untuk menguruskan tekanan ini. Ia boleh membaha­yakan, tetapi bagi saya tekanan itu adalah perkara biasa bagi seseorang pelumba,” jelasnya.

Walaupun belum memenangi perlumbaan, Mir konsisten de­ngan tiga penamat di tempat ke­dua dan tiga kali di tempat ketiga dalam 11 perlumbaan tahun ini.

Quartararo yang berasal dari Perancis, merakam tiga kemenangan mencatat keputusan buruk dalam dua perlumbaan berturut-turut di Aragon pada Oktober. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI