fbpx
GAMBAR HIASAN

Penang South Island mercu baharu Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR HASLIZA NUSI,
WAKIL KOSMO! PULAU PINANG

Pembangunan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang atau Penang South Island (PSI) dikatakan mampu membawa perubahan buat Pulau Mutiara selain membina masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Meskipun ada yang menentang, namun kewujudannya nanti yakni bakal memberi banyak peluang dan manfaat kepada rakyat terutama anak-anak tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pe­nang Infrastructure Corporation, Datuk Seri Farizan Darus berkata, PSI adalah permulaan baharu bagi Pulau Pinang dan direka dengan memikirkan masa depan negeri ini.

Menurutnya, pembangunan­ projek tambakan laut hakikatnya dijamin tidak menghapuskan sektor perikanan dan menghalang nelayan pantai daripada menangkap ikan.

“Pembangunan PSI penting kepada ekonomi negeri. Projek ini tidak menghalang mana-mana pihak daripada mengusahakan kegiatan ekonomi mereka.

“PSI juga tidak akan mengancam keselamatan makanan memandangkan tangkapan sumber laut untuk nelayan pantai adalah seluas 14.8 kilometer dari garis pantai. Nelayan tempatan bia­sa­nya tangkap ikan di kawasan luar daripada tapak projek.

“Kami terima maklumat daripada nelayan tempatan dan sahkan dengan kiraan bot secara fizikal serta menggunakan imej satelit yang merakam pergerakan bot nelayan di perairan selatan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau memberitahu, memandangkan kebanyakan aktiviti menangkap ikan lebih jauh dari tapak penambakan, kerajaan ­Pulau Pinang memutuskan untuk memberi bantuan bot yang lebih besar lengkap dengan peralatan seperti enjin berkuasa tinggi.

“Ia sebahagian daripada Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) projek untuk nelayan selatan Pulau Pinang. Pelan itu menawarkan bantuan kewangan, jeti baharu, latihan, peluang pekerjaan dan perniagaan serta soko­ngan pendidikan untuk anak-anak.

“Ramai yang mengalukan peluang ini terutama bot yang lebih besar. Mereka me­nunggu untuk menikmati lebih banyak manfaat SIMP yang bakal dilancarkan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar diluluskan,” jelasnya.

Menurutnya, adalah tidak logik mendakwa penambakan pulau seluas 2,300 ekar itu akan menghapuskan sektor perikanan di selatan Pulau Pinang.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mohideen Abdul Kader menggesa kerajaan negeri untuk tidak bertegas meneruskan penambakan laut di selatan negeri ini.

“Tidak kira sama ada untuk satu atau tiga pulau, dengarlah suara pertubuhan masyarakat sivil dan orang ramai yang berpengetahuan. Jangan tunduk kepada tekanan pemaju dan kontraktor. Apa keperluan penambakan dengan kesan ekologi dan sosial yang negatif?”

“Perdana Menteri menggesa agar projek itu dikaji semula. ­Pertimbangan utama kajian semula adalah sama ada ia diperlukan dan bermanfaat kepada rakyat. Jangan melakukan sesuatu de­ngan tergesa-gesa dan me­nuntut bagi penambakan satu ­pulau,” ujarnya.

Justeru, bagi pendapat penulis, kita sepatutnya mengambil contoh akan pelaksanaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum ini.

Ketika perancangan pembinaannya, banyak halangan dan tentangan dibuat penduduk tempatan, namun hari ini, anda sendiri dapat menilai fungsi dan manfaatnya kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN