fbpx

Scammer jualan baju kurung didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Sopri (kiri) dan Massuwati (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

LUMUT – Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini atas tuduhan memperdaya seorang wanita menyerahkan wang bagi pembelian baju kurung yang tidak diperolehi oleh pelanggan tersebut, kira-kira empat bulan lalu.

Mohd. Sopri Togil, 47, dan Massuwati Amran, 46, dari Taman Muhibbah, Sitiawan dekat sini, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pasangan suami isteri itu dituduh menerima bayaran RM158 tanpa mempunyai alasan munasabah, untuk mempercayai mereka dapat membekalkan sehelai baju kurung kepada Nur Sabrina Aiman Mohd. Rosszi pada 31 Mac lalu.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di No. 15, Jalan Lumut, Sitiawan pada pukul 4.44 petang 13 Februari lalu.

Kedua-duanya didakwa melakukan pelanggaran Seksyen 16(c) Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25(1)(b) akta sama, yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, masing-masing boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pada masa sama, Mohd. Sopri sebagai pemilik tunggal perniagaan Seri Kenanga Enterprise yang menjalankan perniagaan baju kurung di laman web Kenanga Apparel Store, dituduh gagal mendedahkan maklumat berkaitan nombor pendaftaran perniagaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung pada pukul 1.10 tengah hari 12 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan- peraturan Perlindungan Pengguna (Urusniaga Perniagaan Elektronik) 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 145(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI