PETALING JAYA – Tabung Haji akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.
Ujarnya, ia mengambil masa sedikit untuk diumumkan berbanding tahun lepas atas beberapa faktor seperti audit bersih yang perlu dibuat.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ini. Tahun ini agak lewat sedikit sebab laporan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memerlukan Tabung Haji untuk mengumumkan agihan dividen iaitu setelah audit bersih dibuat.
“Sebab itu ambil masa sedikit untuk umumkan berbanding tahun lepas,” katanya dalam sidang negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Mohd. Apandi Mohamad yang bertanyakan tentang bilakah dividen Tabung Haji akan diumumkan sambil berseloroh bahawa soalan itu ditanya bagi pihak orang ramai. – KOSMO! ONLINE