fbpx
KEANU REEVES

Keunggulan, hidup abadi Keanu Reeves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TERKENAL dengan jenama filem unggul, John Wick, pemilik nama lengkap Keanu Charles Reeves itu terus menghipnosis dunia dengan karya terbaharu francais terbabit, John Wick: Chapter 4.

Makin menua, makin ligat. Barangkali situasi tersebut sesuai digambarkan terhadap perjalanan karier lakonan Keanu Reeves yang menginjak angka 59, tahun ini.

Aktor kelahiran Beirut, Lubnan itu tidak mempunyai masalah untuk terus memberikan yang terbaik di layar perak.

PADA usia pelakon utamanya, Keanu Reeves kian dimamah usia tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda penuaan, naskhah John Wick: Chapter 4 tetap mendapat pujian hebat dunia.

Kualiti lakonan, aksi, permainan emosinya dalam John Wick: Chapter 4 bukan kepalang dan ternyata berada dalam liga tersendiri.

Bahkan, ada yang berpendapat filem arahan Chad Stahelski tersebut merupakan edisi terbaik dari galaksi atau universe John Wick. Andaian tersebut tidak salah. Terjemahan Keanu sebagai pembunuh upahan profesional bertaraf ‘legenda’ dalam naskhah berkenaan sudah cukup menjadi satu alasan yang konkrit.

‘Kita mati, orang akan rindu’

Dalam satu wawancara yang dimuat naik dalam YouTube, Keanu berbicara tentang dirinya.

Biarpun ramai mempersoalkan rahsia awet mudanya sehingga mampu kekal kacak biarpun sudah menghampiri usia 60 tahun, Keany menjelaskan, dia sama seperti individu lain.

Jawabnya: “Saya semakin tua tetapi kalau orang berpendapat saya tidak dimamah usia, saya terpaksa mengucapkan terima kasih kepada nenek moyang saya.

“Saya berketurunan Cina, Hawaii dan Inggeris. Kalau nak jawab persoalan tentang mengapa tak dimamah usia, saya mungkin kena ambil ujian darah, dapatkan DNA dan buat carta salasilah keluarga.”

Dimomok sebagai figura yang mempunyai kehidupan abadi, Keanu memberikan jawapan yang memaku perhatian saat diminta pendapat tentang kematian.

KEANU mempunyai kemahiran komunikasi luar biasa iaitu mampu bercakap lebih tiga bahasa termasuk bahasa Perancis, Itali dan Yunani.

“Saya pasti mereka yang menyayangi kita, akan merindukan kita semua apabila kita mati,” katanya dalam program bual bicara popular, The Late Show with Stephen Colbert.

John Wick: Chapter 4 sebuah karya yang layak disifatkan sebagai karya seni (work of art) yang sangat tinggi nilainya.

Masuk dalam panggung hingga keluar dari bangku audiens, filem keempat francais terkemuka dunia tersebut semuanya serba ‘menjadi’.

Keanu mendedahkan, tiada jiwa yang terkorban ketika John Wick: Chapter 4 menjalani penggambaran.

Sudah menjadi tanggungjawab anak filem untuk memberikan yang terbaik dalam setiap projek yang dikerjakan.

“Ya memang banyak aksi dan improvisasi dalam John Wick: Chapter 4. Kereta dipandu tanpa pintu sebab semuanya sudah ‘terbang’, adegan menggunakan senjata jenis nunchaku dan bermacam-macam lagi.

“Kebanyakan, memang aksi dalam filem ini dikoreografi dengan cukup sempurna. Tiada nyawa terkorban ketika filem ini menjalani penggambaran. Pengarah (Chad Stahelski) merupakan seorang manusia yang inventif.

SEORANG pelakon ‘papan atas’, Keanu Reeves juga sangat mencintai bidang kesusasteraan termasuk puisi.

“Dia memang sentiasa ingin memberi persekitaran luar biasa dalam penceritaan. Apa yang kalian tengok di dalam panggung, itulah sinema – pengalaman yang kami berikan,” katanya ketika diwawancara dalam program The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.

Ujar Keanu lagi, John Wick: Chapter 4 menjanjikan ‘sesuatu’ yang baharu buat pencinta filem aksi. Antara yang menarik perhatian adalah pengenalan karakter-karakter baharu yang semestinya mengujakan ramai.

“Dalam filem ini, saya mencari kebebasan peribadi. Ada banyak karakter baharu yang menderas adrenalin – mereka yang bernaung di bawah High Table.

Tragedi hidup

“Donnie Yen melakonkan watak Caine. Dia pelakon legenda. Karakter yang berbeza-beza dalam filem ini menyuntik elemen persaudaraan, persahabatan dan ibu dan bapa.

“Pilihan yang kita buat dalam kehidupan. Peraturan dan akibat apa semua. Siapa anda dan kita semua. Semua itu dirungkai dalam John Wick: Chapter 4,” katanya.

Hidup bersimpahkan cahaya glamor, ramai beranggapan Keanu seorang yang sempurna serba-serbi sedangkan pada hakikatnya, dia sudah kehilangan ramai orang tersayang dalam kehidupan.

Pada 1999, pasangannya, Jennifer Syme berdepan situasi bayi meninggal dalam kandungan dan lebih malang, dua tahun kemudian, wanita itu terkorban dalam kemalangan jalan raya.

KEANU Reeves terus menjadi sebutan dunia menerusi karakter ikonik, John Wick dalam filem terbaharu yang kini mencetus fenomena luar biasa, John Wick: Chapter 4.

Tragedi berlaku dalam kehidupan memberi dampak dalam kehidupannya, namun tahun demi tahun, dia sembuh dan terus mengabdikan diri sebagai pelaku seni penuh amanah dan tanggungjawab.

“Kalau kita seorang pencinta, kita perlu berjuang.

“Hal ini kerana, kalau kita tak berjuang untuk cinta, apalah makna semua itu?” simpulnya dalam satu wawancara tentang hidup dan cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN