fbpx
Platform e-dagang yang luas dan bebas membuatkan sesetengah individu menjual barangan terlarang dan tiruan. – Gambar hiasan

Bebas jual dalam e-dagang, asalkan dapat duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa persatuan pengguna menggesa supaya pihak berkuasa memantau barangan yang dijual secara online kerana boleh mendatangkan kemudaratan dan bahaya kepada orang ramai.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pelbagai aduan diterima pihaknya berkaitan ­pembelian dalam talian terma­suk kes kanak-kanak membeli senjata bahaya dan alat permai­nan seks.

Katanya, pembelian online sangat terbuka dan tiada kawalan serius daripada pihak berkuasa untuk menapis dan mengawal barang-barang dijual di situ.

“Sesiapa sahaja boleh beli asalkan ada akaun dan wang di platform tertentu. Ada kes seorang kanak-kanak telah membeli sebilah pisau di sebuah ­aplikasi dalam talian.

“Ketika barang sampai, ibunya terkejut dan merampas pisau itu. Bayangkan jika kanak-kanak itu sendiri terima ‘parcel’ tersebut, mungkin perkara tidak diingini akan berlaku,” katanya.

Menurut Yusrizal, selain senjata, pihaknya turut menerima ­aduan berkaitan pembelian alatan seks, ubat kuat serta produk kosmetik yang membawa mudarat.

Tambahnya, kebanyakan barangan dijual secara online murah hingga membuatkan ramai terpikat untuk membelinya sedangkan mereka tidak tahu kesan sampingan sesuatu produk.

“Lebih 650 lebih aduan diterima sejak dua tahun lalu berkaitan pembelian online yang memudaratkan dan mengancam nyawa. Banyak aduan dibuat tetapi tiada maklum balas,” ujarnya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk ­Nadzim Johan pula mahu kerajaan serius menangani isu itu sebelum menjadi parah.

“Jangan sampai negara kita terlalu bebas. Selagi tiada pemantauan, ia akan menyebabkan ramai mengambil kesempatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN