fbpx
Jika kekurangan salah satu daripada lima rukun nikah, maka perkahwinan itu tidak sah. – GAMBAR HIASAN

Berdosa jika bapa enggan mewalikan anaknya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Berdosa jika seorang bapa enggan menjadi wali kepada anak pe­rempuannya tanpa sebab-sebab munasabah kerana tugas tersebut adalah tanggungjawab mereka.

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak Benyahya berkata, lebih teruk lagi apabila seorang bapa menetapkan syarat yang tidak munasabah untuk bersetuju mewalikan anaknya.

“Sepatutnya bapa menjadi wali kerana beliau termasuk dalam wali mujbir, tetapi jika bapa enggan, maka wali yang berhak untuk mengahwinkannya berpindah kepada pemerintah atau sultan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Beliau menjelaskan, antara sebab munasabah yang dibenarkan oleh syarak jika bapa enggan menjadi wali hanyalah jika bakal suami anak perempuannya diketahui benar-benar jahat, zalim atau seorang yang fasiq.

Sementara itu, Peguam Syarie, Nur Amalina Adam berkata, kes bapa enggan menjadi wali adalah terpencil yang diterima pihaknya ha­nya dua kali sebulan.

“Untuk guna wali hakim, kena sabitkan dulu wali enggan berbuat demikian. Apabila keluar perintah mahkamah, barulah permohonan wali hakim dibenarkan.

“Kalau wali ingin beri kerjasama, kes akan selesai cepat. Sebab itu, bakal pengantin yang terlibat, jangan tetapkan terlebih dahulu tarikh nikah.

“Ini kerana keengganan bapa boleh dilihat dari mula proses di pejabat agama lagi.

“Jika tarikh nikah sudah ditetapkan, itu yang jadi tidak sempat untuk mendapatkan wali hakim,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN