fbpx
Blackpink.

Peminat Blackpink resah, takut konsert batal ekoran cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata peminat kumpulan sensasi K-pop dari Korea Selatan, Blackpink resah kerana takut konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dibatalkan ekoran cuaca buruk sejak beberapa hari ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial seperti Twitter dan TikTok mendapati, mereka ini mula risau apabila melihatkan keadaan air bertakung di sekitar stadium meskipun persediaan konsert telah pun hampir siap sepenuhnya.

Keadaan air bertakung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil ekoran hujan lebat sejak beberapa hari.

Bagaimanapun, kumpulan peminat Blackpink ini tetap membuat persediaan awal seperti menyediakan baju hujan ketika pergi ke konsert jelajah dunia itu esok bagi menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka.

“Pesanan untuk semua esok yang nak datang konsert Blackpink, bawa baju hujan, bawa plastik lebih untuk lindung beg anda, telefon bimbit anda, bawa juga kelengkapan banjir, takut air naik pula,” pesan Asyraf.

“Jangan la batal konsert, bukan senang nak minta cuti. Tiket pun dah mahal beli, semangat semua!,” ujar Putri Aini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN