fbpx

Teman lelakiku seorang wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daripada hubungan persahabatan, Maya dan wanita yang bernama Jay akhirnya menjadi pasangan kekasih setelah Maya merasakan Jay mempunyai ciri kelelakian yang didambakannya. – GAMBAR HIASAN

BUKAN cinta pandang pertama. Semuanya bermula dengan jalinan persahabatan yang polos ketika menuntut ilmu di sebuah menara gading di ibu negara.

Tiada siapa menyangka, daripada persahabatan, bibit-bibit cinta mula berputik setelah banyak menghabiskan masa bersama dalam menempuhi pancaroba hidup jauh dari keluarga di kampung.

Memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya, Maya (bukan nama sebenar) mendedahkan bahawa dia melangkah ke hubungan cinta terlarang dengan rela hati.

Secara luaran, Jay (bukan nama sebenar) yang berasal dari Borneo memiliki paras rupa persis pretty boy dalam drama-drama Korea Selatan.

Berketinggian mencecah 170 sentimeter, Jay memiliki kulit cerah dengan gaya potongan rambut separa tinju membuatkan tulang rahangnya lebih menonjol dan berwajah maskulin.

Mungkin juga ilusi itu membuatkan Maya tidak kisah untuk terus membintangi watak heroin dalam cerita dongeng milik mereka berdua.

Biarpun hakikatnya, Jay dilahirkan sebagai perempuan.

“Saya tidak pernah tertarik secara seksual dengan mana-mana wanita. Jadi, saya tidak miliki naluri songsang atau lesbian.

“Saya cuma jatuh hati dengan ‘lelaki’ yang ada dalam diri seorang wanita. Jay bukan transgender, tapi dia memang berperwatakan seperti lelaki,” katanya.

Tambah Maya, hatinya mulai terpaut dengan keperibadian ‘jejaka’ berusia 23 tahun itu setelah Jay mempamerkan kesungguhan dan keprihatinan sepanjang pengenalan mereka.

Ciri-ciri maskulin seperti sifat berani, melindungi dan kepimpinan yang ada dalam diri Jay membuatkan Maya rasa selamat dan tenteram berada di sampingnya.

JAY merupakan seorang perempuan yang memiliki rupa paras persis lelaki pretty boy.
– GAMBAR HIASAN

Maya turut mendedahkan bahawa dia selesa berkongsi emosi bersama Jay yang turut mempamerkan rasa empati, kemesraan serta memahami wanita.

“Dulu, saya memiliki teman lelaki narsistik dan setiap hari saya berendam air mata. Jay yang merupakan sahabat saya ketika itu sering menawarkan bahu untuk saya bersandar.

“Keluarga saya jauh di Utara, saya sememangnya tiada sesiapa di sini. Jay adalah satu-satunya orang yang membuatkan diri saya rasa kuat untuk terus berada di sini,” jelasnya.

Tambah Maya, dia menyedari perasaannya terhadap Jay melangkaui sempadan persahabatan apabila timbul rasa cemburu dan rindu apabila mereka berjauhan.

Dari situ, hubungan mula bercambah kepada satu perasaan lebih mendalam termasuk tarikan seksual antara satu sama lain.

“Jay tidak meluahkan rasa cinta menerusi kata-kata. Namun, layanannya membuatkan saya rasa disayangi dan didamba sehingga saya enggan akui dia sebenarnya seorang wanita.

“Jay memiliki dilema peribadi apabila merasakan dirinya adalah lelaki dalam diri wanita. Dia pernah luah rasa kesal dilahirkan dalam tubuh yang tidak sesuai dengan jiwanya,” dedah Maya.

Dibesarkan dalam keluarga konservatif, Maya sedar hubungan itu bakal mendapat tentangan sekiranya diketahui keluarganya satu hari nanti.

Namun jelas Maya, dirinya telah jauh hanyut dibuai kasih sayang Jay sehingga dia enggan memikirkan kesudahan hubungan mereka.

“Saya bahagia dengan Jay sekarang dan kami tidak ubah seperti pasangan kekasih. Saya tidak rasa kekok pegang tangan atau memeluknya.

“Saya tidak lakukan semua ini dengan teman lelaki sebelum ini. Mungkin jauh dari sudut hati, saya sedar dia wanita, tapi perwatakannya membuatkan diri saya menerimanya sebagai lelaki,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI