fbpx
KONJAK jeli menjadi pilihan dalam kalangan kanak-kanak. Gambar hiasan

Tercekik makan konjak jeli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Lambakan makanan import seperti konjak jeli, ‘gummy’ dan gula-gula di pasaran ketika ini bukan sahaja boleh mengancam keselamatan pengguna terutama kanak-kanak, malah turut mengundang pelbagai penyakit sekiranya diambil secara tidak terkawal.

Lebih membimbangkan apabila jajan dari China dan Korea yang didatangkan dalam pelbagai bentuk, warna dan perisa itu boleh didapati dengan mudah di pasaran termasuk dijual secara berleluasa di media sosial.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan pihaknya mengambil maklum tentang isu tular di media sosial berkaitan produk konjak jeli yang didakwa berbahaya dan boleh memberi risiko kepada kanak-kanak.

Seorang ibu, Noorul Asyikin Mustaffa, 33, mendakwa, dia hampir kehilangan anak lelaki­nya, Muhammad Izzul Arsyad Muhammad Faizulrullah, 5, dipercayai akibat memakan jeli import berkenaan.

Menurut Noorul, anaknya dipercayai memakan kira-kira 10 peket kecil konjak jeli yang dibeli pada Oktober lalu.

“Pada mulanya dia dan adik perempuannya makan beberapa peket sahaja sebelum saya simpan selebihnya di dalam peti ais, namun Izzul ambil dan makan baki jeli itu.

“Pada keesokannya, Izzul tidak sihat dengan pernafasan­nya laju dan berbunyi, batuk serta sesak nafas sebelum dia dibawa ke klinik,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelasnya lagi, anaknya itu kemudian mendapatkan rawatan lanjut di sebuah klinik kesihatan sebelum dirujuk ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Doktor tanya sama ada anak ada asma, saya jawab tidak dan seterusnya tanya Izzul ada makan apa malam sebelum kejadian. Saya kemudian beritahu tentang konjak jeli itu.

“Selepas itu, doktor beritahu ada kes yang dirawatnya turut mengalami masalah sama selepas makan makanan itu,” ujarnya.

Menurutnya, dia terkejut ke­rana anaknya dimasukkan ke wad kritikal selepas tahap oksigen terlalu rendah dan terpaksa menerima rawatan rapi.

“Saya juga dimaklumkan, terdapat sedikit jeli yang terkeluar dari hidung Izzul ketika dia bersin semasa di hospital,” katanya.

Seorang pengguna, Khairina Ahmad Azeli, 40, berkata, selain konjak jeli, makanan jenis ‘gummy’ yang berbentuk mata turut berisiko mengancam nyawa kanak-kanak.

“Sebagai ibu, saya rasa bimbang kerana kanak-kanak yang masih kecil berisiko tercekik makan gummy ini.

“Sukar nak halang sebab ia jual di merata tempat dan tanpa kawalan,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan kajian oleh pakar perubatan, antara penyakit yang dikaitkan dengan pengambilan jajan se­perti gula-gula ialah diabesiti iaitu gabungan penyakit diabetes dan obesiti.

Penyakit ini bermula dengan kenaikan berat badan, rintangan insulin dan akhirnya membawa kepada diabetes iaitu disebut juga sebagai ‘silent killer’.

Menurut Pegawai Dietetik, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam, Farah Farhanah Hashim, selain diabetes, kanak-kanak juga akan terdedah dengan penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.

Jelas beliau, berdasarkan kajian terkini, setiap seorang daripada tiga kanak-kanak di Malaysia ketika ini mengalami obesiti dan ada juga yang mengalami masalah depresi akibat pengambilan gula berlebihan.

“Kesan pengambilan gula-gula berlebihan juga boleh menyebabkan masalah ‘dental caries’ akibat penghasilan asid laktik di dalam mulut yang menggangu PH serta menghakis gigi.

“Selain itu, kebergantungan kepada gula atau makanan manis boleh menyebabkan masalah mental seperti depresi, anxiety disorder, dan ADHD,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN