fbpx
Keadaan motosikal Honda Wave ditunggangi Kamal yang terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Batin, Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

Warga emas maut, motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang warga lelaki emas maut setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal lain dinaiki seorang pelajar tingkatan lima di Kampung Batin, Seberang Takir di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa, Kamal Abdullah, 84, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din, berkata, kemalangan itu turut menyebabkan seorang remaja berusia 17 tahun yang menaiki sebuah motosikal lain cedera di bahagian kepala.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, mangsa, Kamal yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dikatakan dalam perjalanan ke Kampung Seberang Takir dari Taman Permint Perdana di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikalnya dikatakan bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha SS yang berada di laluan bertentangan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak dari motosikal masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat Kamal telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN