fbpx

Dua beradik tak sempat makan donat, maut nahas motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal selepas terbabas di Jalan Ayer Keroh-Gapam, Melaka, semalam.

JASIN – Hasrat seorang kakak yang ingin membelanja adik lelakinya donut akhirnya tidak kesampaian apabila kedua-duanya maut dalam nahas motosikal di Jalan Ayer Keroh-Gapam, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Nurul Faqihah Ramli, 21, dan Hijjaz Kasturi, 19, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, kemalangan berlaku ketika dua beradik itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dalam perjalanan dari arah Gapam menghala ke Ayer Keroh.

Katanya, setiba di lokasi motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok.

“Akibat kemalangan itu, penunggang lelaki telah terhumban masuk ke dalam longkang, manakala pembonceng yang merupakan kakaknya tercampak ke tengah jalan.

“Saksi kejadian mendakwa ada sebuah motosikal lain yang datang kemudian gagal mengelak mangsa wanita terbabit dan telah melanggarnya, namun tidak melihat impak awal (first impact) ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, difahamkan dua beradik itu dalam perjalanan membeli donat di Petronas di Ayer Keroh berkenaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI