fbpx

Banjir: 3,480 mangsa masih berada di 35 PPS seluruh Johor, Mersing paling teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau melakukan pemantauan keadaan banjir di Kampung Semaloi, Mersing.

JOHOR BAHRU – Seramai 3,480 mangsa masih ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di seluruh negeri, selepas hampir seminggu musim tengkujuh melanda Johor.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan, mereka yang terjejas ketika ini terdiri daripada sejumlah 960 buah keluarga.

Menurut beliau, terdapat enam daerah yang terjejas akibat banjir ketika ini iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Muar, Batu Pahat dan Tangkak.

“Mersing kekal sebagai daerah terjejas paling teruk akibat banjir dengan seramai 1,818 penduduk yang ditempatkan di 12 buah PPS dibuka di daerah berkenaan.

“Ini diikuti dengan daerah Kluang iaitu seramai 735 mangsa; Kluang (735 mangsa); Kota Tinggi (417 mangsa); Batu Pahat (380 mangsa); Segamat (115 mangsa) dan Tangkak (15 mangsa),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, antara PPS yang dibuka di seluruh negeri ini termasuklah PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas; Balairaya Kampung Perpat; Dewan Pusat Banjir Jakoa; Dewan Serbaguna Pekan Air Panas; Dewan Komuniti Tasek dan Kompleks Taman Negara Endau Rompin.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meletakkan beberapa daerah di negeri ini di bawah Amaran Hujan Berterusan tahap waspada iaitu Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

“Empat sungai di negeri ini masih diletakkan dikategori bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Sungai Batu Pahat, Sungai Kahang di Kampung Contoh dan Sungai Endau.

“Dalam pada itu, tiga jalan masih ditutup sepenuhnya untuk pengguna iaitu Jalan Tanah Abang, Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau dan Jalan Felda Medoi,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI