fbpx

Hakim tayang gambar seksi dikenakan tindakan tatatertib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Viviana memuat naik gambar separa bogel di media sosial untuk diskaun baju berjenama. - Instagram @vivianapolaniafranco

CUCUTA, COLOMBIA- Seorang hakim mahkamah bandar Cucuta dikenakan tindakan disiplin kerana memuat naik foto berbaur lucah di laman sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi laporan portal tempatan El Espectador, Vivian Polania disiasat oleh Badan Disiplin Jabatan Kehakiman bandar itu kerana kenyataannya yang boleh menggugat kepercayaan masyarakat terhadap sistem kehakiman tempatan.

Polania yang memiliki bentuk badan yang seksi dikatakan memuat naik foto berbaur lucah di laman sosial agar dapat menarik perhatian syarikat pakaian berjenama untuk memberikannya diskaun pembelian.

“Memiliki bentuk badan yang cantik bukan sekadar untuk mendapat banyak ‘likes’ sahaja tetapi ia juga mampu memberikan saya potongan harga pakaian berjenama.

“Bila akaun media sosial anda mempunyai banyak pengikut,syarikat berjenama akan mula mencari anda untuk kerjasama atau memberi diskaun barangan mereka,”kata Polania dalam artikel bertajuk Vivian Polania Franco: Hakim Verstail terbitan La Opinion, 6 September lalu.

Akaun Instagram Viviana mempunyai 130,000 pengikut sehingga setakat ini.

Badan Disiplin Majlis Kehakiman bandar itu dalam kenyataan mengatakan kesan kenyataan Viviana dalam artikel tersebut boleh menyebabkan kakitangan badan kehakiman dikenakan tempoh percubaan dalam kerjayanya.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Cucuta berkenaan siasatan kes Viviana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN