fbpx
ISTERI boleh meminta suami melakukan taklik tambahan untuk bercerai sekiranya cinta mereka beralih arah kepada lelaki. – GAMBAR HIASAN

Suamiku pencinta lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nampak macam lelaki normal tetapi siapa sangka suami yang diharap untuk bergantung hidup dan melindungi si isteri rupanya lebih mencintai kaum sejenis atas alasan lebih seronok menjalinkan hubungan dengan cara begitu.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan mempunyai dua anak, namun masih tidak dapat membendung naluri sebenar si suami yang lebih berselera kepada maknyah sehingga mendorong isteri menuntut taklik tambahan.

Taklik tambahan ialah lafaz yang tidak bertentangan dengan hukum syarak dan dipersetujui. Jika dilanggar makan perceraian boleh berlaku serta-merta.

Sebenarnya, kisah itu merupakan sebahagian daripada 1,001 masalah yang diluahkan Peguam Syarie, Nur Amalina Adam berkata, dalam masalah yang diluahkan kepadanya, si isteri mengadu mengenai suaminya yang mempunyai dua selera iaitu menjalinkan hubungan dengan perempuan dan pondan walaupun sudah berkahwin.

Katanya, mangsa mengadu yang suaminya hanya menjadikan perkahwinan dan anak sebagai tanda tanggungjawab sahaja dan alat untuk berselindung da­ripada rakan dan saudara-mara bahawa dia mempunyai nafsu songsang.

“Apa yang menghairankan, si suami sudah banyak kali ‘ditangkap’ oleh isterinya tetapi dia enggan mengaku sehinggalah wanita itu nekad memfailkan perceraian selepas enam tahun berkahwin.

“Tersentak dengan itu, si suami merayu supaya tidak diteruskan kerana berjanji mahu ber­ubah. Dia kemudian mengaku bukan sahaja telah mengadakan hubungan intim dengan seorang wanita, malah dengan pondan sebelum isterinya membuat taklik tambahan,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

NUR AMALINA

Menurut Nur Amalina, lelaki itu berhasrat untuk bertaubat dan berubah menjadi suami yang baik serta patuh dengan ajaran Islam dengan bantuan dan kerjasama isterinya bagi mengelakkan dia terjebak semula kepada dunia gelapnya.

Dalam kisah lain, Nur Amalina berkata, ada wanita membuat taklik tambahan selepas membongkar sisi gelap suaminya yang mengaku mempunyai nafsu songsang sebaik menemui ba­nyak aplikasi seks termasuk gay di dalam telefon bimbit lelaki itu.

Katanya, wanita itu mengesyaki suaminya gay kerana kerap mengelak untuk diajak untuk bersama sepanjang lima tahun berkahwin.

“Lelaki itu memberi pelbagai alasan antaranya penat bekerja, sakit kepala dan lain-lain.

“Dia kemudian memeriksa te­lefon bimbit suaminya dan apabila didesak, lelaki itu mengaku sukar untuk membuang tabiat sukakan dengan lelaki walaupun te­lah bernikah dan mempunyai seorang anak,” katanya.

Ujar Nur Amalina, si suami kemudian meminta isterinya melakukan sesuatu untuk membantunya berubah sebelum dia berjumpa pakar untuk pulih.

“Selepas beberapa bulan, si suami masih buntu dan keluar dengan pondan. Akhirnya si isteri nekad mengajak suaminya mendapatkan khidmat nasihat guaman tentang taklik tambahan,” katanya.

Menurut Nur Amalina, contoh lafaz taklik tambahan ialah; “Jika aku (nama) mengulangi hubu­ngan cinta sejenis, maka tertalaklah isteri aku (nama) dengan talak satu raji’e.”

Tambahnya, ramai isteri tidak tahu mengenai taklik tambahan tersebut berdasarkan aduan yang diterima iaitu lebih kurang dua atau tiga orang sahaja yang membuat permohonan dalam tempoh tiga bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN