fbpx

Ada emas 1 kg dalam dubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang lelaki warga India ditahan selepas dia cuba menyeludup emas seberat kira-kira 1 kilogram yang disorok di dalam duburnya, lapor portal Daily Star kelmarin.

Suspek yang tidak dinamakan itu menaiki satu penerbangan GoAir dari Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu ke Lapangan Terbang Kannur, negeri Kerala di India.

Unit Perisikan Udara India (AIU) berkata, beberapa anggota mengesan seorang lelaki mencurigakan dan berjalan dalam keadaan pelik di lapagan terbang itu sebelum menahannya.

“Selepas membuat pemeriksaan, kami temui sejumlah besar emas seberat 1.3 kilogram disorok di dalam rektum seorang penumpang yang menaiki penerbangan G8 4013 dari Dubai.

“Hasil soal siasat mendapati, suspek mengakui berbuat demikian kerana ingin mengelak membayar cukai sebanyak 18 peratus ke atas nilai emas tersebut,” katanya.

Menurut AIU, suspek me­leburkan emas dan membentuknya menjadi tujuh jongkong panjang dan satu lagi jongkong pendek sebelum ditolak masuk ke dalam duburnya.

Penahanan suspek itu adalah insiden terbaharu kegiatan penyeludupan emas ke India dari negara-negara Arab.

Pihak berkuasa mengakui penyeludupan emas dalam badan manusia jarang-jarang ditemui.

Kebanyakan kes penyeludupan berlaku dengan menyembunyi material berharga itu dalam objek lain seperti bungkusan coklat, payung, beg duit, batang pen dan ubat gigi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI