fbpx
Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, hubungan baik sesama berbilang kaum dan agama itu perlu sentiasa dijaga. – GAMBAR HIASAN

Hukum menghadiri majlis perayaan bukan Islam dalam konteks masyarakat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Apakah hukumnya menghadiri sambutan perayaan bukan Islam dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia?

Jawapan:
Melakukan kebaikan kepada golongan bukan Islam oleh orang Islam adalah sesuatu yang dituntut. Bagaimanapun, usaha melakukan kebaikan tersebut sama sekali tidak boleh bertentangan dengan akidah.

Menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam adalah tidak dibenarkan kerana ia berkaitan dengan amalan ritual agama bukan Islam ataupun tasyabbuh yang dilarang iaitu menyerupai amalan agama selain Islam.

Menghadiri majlis sambutan ataupun rumah terbuka bukan Islam yang tidak membabitkan upacara ritual agama tersebut dengan Muslim yang hadir itu adalah dibenarkan.

Ini jika ada keperluan untuk melakukan hal sedemikian seperti melibatkan kaum keluarga, jiran tetangga dan kepimpinan masyarakat atas dasar menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah dengan syarat tidak meredai kekufuran.

Ucapan selamat bersempena perayaan bukan Islam adalah isu yang menimbulkan perbezaan pandangan ulama. Berdasarkan realiti di Malaysia, adalah diharuskan ucapan selamat kepada bukan Islam jika amalan tersebut menjadi budaya dan bukan lagi amalan keagamaan.

Ini dengan syarat, ungkapan itu tidak mengandungi maksud kesyirikan atau kekufuran. Keharusan ini tertakluk kepada keperluan seperti menjaga kemaslahatan atau kepentingan dakwah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN