fbpx

Pirlo mula rasai tekanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIRLO mengakui tugas sebagai pemain lebih mudah berbanding membimbing pasukan sebagai jurulatih. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo mengakui hampir ‘pecah kepala’ untuk mengatur taktikal perlawanan selain percaya tugas menjadi pemain profesional adalah lebih mudah berbanding karier sebagai jurulatih.

Sebagai rekod, Pirlo yang dilantik menjadi ketua jurulatih The Old Lady pada Julai lepas selepas pemecatan Maurizio Sarri berjaya memulakan kempen Serie A musim ini dengan cemerlang.

Namun, Pirlo mengakui impian­nya untuk bergelar jurulatih sudah muncul ketika bergelar pemain, selain pengalaman dibimbing beberapa jurulatih terkenal seperti Marcello Lippi, Carlo

Ancelotti, Antonio Conte dan Massimiliano Allegri membuatkan semangatnya semakin membara.

“Selepas saya mengambil keputusan untuk bersara, saya mula menjalani kursus kejurulatihan dan ketika itu semangat untuk bergelar ketua jurulatih profesional semakin membara.

“Banyak yang saya pelajari dan pe­ngalaman ketika usia remaja di Brescia sewaktu dibim­bing oleh bekas jurulatih, Mircea Lucescu adalah sangat hebat. Begitu juga dengan Lippi, Ancelotti, Conte, dan Allegri. Mereka memiliki keunikan tersendiri.

“Kini, saya lebih berminat untuk menganalisis taktikal yang dilakukan oleh Pep Guardiola yang dianggap jurulatih moden terbaik ketika ini. Dia adalah contoh buat jurulatih muda se­perti kami mencongak strategi baharu.

“Apa yang pasti, tugas menjadi jurulatih adalah lebih sukar berbanding ketika bergelar pemain profesional kerana anda boleh pening dan tidak tidur malam untuk memikirkan taktikal sebelum mengha­rungi perlawanan,” kata bekas pemain antara­bang­sa Itali itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI