fbpx
Kelihatan beberapa buah trak pikap bernombor pendaftaran negara jiran di kawasan sebuah stesen minyak di Kangar baru-baru ini.

Trak pikap Siam rancak ‘kutip’ diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kehadiran kende­raan asing dari Thailand yang semakin rancak ‘mengatur’ stesen minyak sejak awal bulan ini sekali gus me­nimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat berhubung aktiviti menyeludup bahan api bersubsidi itu ke negara jiran.

Mereka mendakwa sebi­­l­a­­­ngan stesen minyak sesak de­ngan trak pikap pada waktu pagi dan petang sewaktu penduduk sibuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Tinjauan Kosmo! di tiga stesen minyak di sini baru-baru ini mendapati ia tidak putus-putus dikunjungi trak pikap dari negara jiran. Kebanyakan kenderaan tersebut dilihat mengunjungi dari satu ke satu stesen stesen minyak lain.

Dalam masa dua jam, kira-kira 10 trak pikap Siam mengatur dua atau tiga stesen minyak dipercayai untuk memenuhkan diesel di dalam tangki masing-masing.

Mengikut peraturan, ken­deraan Thailand hanya dibenarkan mengisi 20 liter diesel sehari dalam radius 50 kilometer dari pintu sempadan.

Pemandu lori, Aiman Dzulkifli, 45, berkata, dia menyedari jumlah pikap Siam di jalan-jalan di negeri ini terutama di stesen minyak kian bertambah.

“Mereka dilihat rancak mengisi diesel bersubsidi. Apa yang dikesalkan ada yang datang secara berkonvoi sehingga enam buah trak pikap dipercayai untuk tujuan sama. Sebagai penduduk, sudah tentu kita bimbang berlaku ketirisan subsidi yang sepatutnya dinikmati orang Malaysia.

“Kita tahu kenderaan asing ini dibenarkan mengisi 20 liter diesel sehari, namun mereka ini dilihat bijak apabila mengatur stesen minyak di merata tempat,” dakwanya.

trak pikap dari negara jiran sedang beratur untuk mengisi diesel di Kangar.

Menurut lelaki itu, dia pernah mengekori konvoi trak pikap Siam yang mengatur stesen mi­nyak di sekitar Guar Nangka, Mata Ayer, Taman Melati dan Kangar.

“Saya yang memandu lori terpaksa menunggu giliran mengisi diesel. Biasanya mereka datang awal pada pukul 7.30 pagi. Ba­nyak kemungkinan boleh berlaku mungkin mereka isi diesel untuk kegunaan sendiri atau menjualnya semula di sana,” dakwanya lagi.

Justeru Aiman berkata, kerajaan perlu memikirkan langkah yang lebih bersistematik bagi memastikan pemandu kenderaan asing tidak sewenang-wenang­nya membeli diesel bersubsidi secara berulang kali.

“Pihak berkuasa boleh pantau terutama kenderaan negara jiran yang masuk secara kerap ke sini dan mencurigakan,” jelasnya.

Selain itu, tambahnya, sebilangan kenderaan Siam itu memandu laju dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Seorang lagi penduduk, Arnida Ahmad, 33, mendakwa, dia kerap terserempak dengan konvoi trak pikap Siam yang mengisi diesel di beberapa buah stesen minyak di sini.

“Saya percaya mereka ‘buat kerja’ waktu pagi dan petang ketika orang ramai sibuk ke tempat kerja bagi mengelak kegiatan dihidu. Memang sesak, kadang-kadang sampai enam trak pikap mengisi diesel dalam satu masa. Selepas selesai, mereka akan pergi ke stesen minyak lain pula.

“Saya pernah mengekori mereka, selepas mengisi diesel di Kangar, mereka ke (stesen minyak) Balai Baru pula,” katanya.

Menurut wanita itu, kerajaan dan pihak berkuasa negeri ini dicadang supaya menyediakan satu sistem bagi merekodkan pembelian diesel untuk kende­raan asing bagi mengelak mereka mengutip dari sebuah ke sebuah stesen minyak lain.

“Had ditetapkan memang ada, tetapi warga asing ini bijak kerana mereka menggunakan segala kesempatan yang ada.

“Selain itu, ­ada kenderaan a­sing dipandu dengan laju di negara ini. Sayasendiri nyaris kemalangan dengan trak pikap yang dipandu secara melulu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN