fbpx

‘Birthday’ anak hari PRU15, Ifa Raziah hadiahkan BMW 3 Series

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IFA RAZIAH kongsi detik gembira bersama anak lelakinya.

PETALING JAYA – Dalam keterujaan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini, penyanyi sensasi Ifa Raziah pula berkongsi gembira apabila menghadiahkan sebuah kereta sempena hari ulang tahun kelahiran anak bujangnya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ifa menghadiahkan kereta jenis BMW 3 Series (e30) untuk Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani bersempena dengan ulang tahun ke-17 hari ini.

“Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya akan menghadiahkan anak saya sebuah kereta.

“Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah ‘birthday boy’. Selamat hari jadi,” ucap Ifa.

Ujar penyanyi dan pengacara berusia 47 tahun itu, Aqili belum memiliki lesen memandu kerana masih di tingkatan lima dan akan mengambilnya selepas selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!,” kata Ifa.

Dalam pada itu, Ifa atau nama lengkapnya Saripah Raziah Mustapha berkongsi perasaan dan harapan terhadap Aqili yang sedang meningkat dewasa.

“Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.

“Mama dan papa berharap semoga Aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah. Berbakti kepada mama dan papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili,” pinta Ifa.

Dalam hantaran berbeza, Ifa turut berkongsi jarinya yang telah ditanda dengan dakwat sebagai bukti dirinya telah pun menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang telah turun mengundi.

Untuk rekod, Ifa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun kedua-duanya berakhir dengan perceraian.

Pada 2004, Ifa sekali lagi berkahwin dengan suami ketiganya, Mohd. Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Shakir Aqili. Ifa juga mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI