fbpx
Ka Siong menunjukkan laporan kegagalan Pusat Kawalan LRT di Pusat Kawalan LRT, Kompleks Rapid Rail Subang hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON

LRT beroperasi lebih awal jika ujian esok positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka boleh beroperasi lebih awal daripada jangkaan selepas segala kerosakan yang berlaku telah diatasi.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, jangkaan perkhidmatan itu tertakluk kepada ujian yang dijalankan selama sehari, selepas modem dan bekalan kuasa untuk trek digantikan.

Ka Siong berkata, masalah itu telah dibetulkan tetapi perkhidmatan laluan itu perlu diuji esok.

“Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga perlu memperakui pengesahan pakar Thales Group bahawa landasan rel itu selamat dan stabil untuk digunakan sebelum kami boleh membukanya semula,” katanya pada sidang akhbar di depoh Rel Rapid Lembah Subang.

“Jika tiada lagi masalah, kami akan menyambung semula perkhidmatan di mana Prasarana akan mengumumkan pada 6 petang sehari sebelumnya.” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN