fbpx
BUDDLE dihukum penjara 10 tahun kerana berkomplot menyamun seorang lelaki. - Hampshire Police/ Solent News

Wanita cabul, paksa lelaki minum cecair pencuci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang wanita di Britain dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah memperdaya seorang lelaki supaya pergi ke sebuah kediaman di mana mangsa diseksa, didera secara seksual dan dipaksa minum cecair pencuci, lapor akhbar Daily Star semalam.

Caprice Buddle, 25, bersama rakannya, Sean Perry, 37 dihukum penjara hampir 30 tahun kerana melakukan jenayah ‘mengerikan dan traumatik’ selama beberapa jam.

Mahkamah Diraja Portsmouth mendapati Buddle menggoda lelaki itu secara online dan bertemu mangsa beberapa kali sebelum membawanya ke sebuah rumah di Waterlooville, Hants.

Lelaki itu kemudian didera secara fizikal, lisan dan seksual.

Wanita itu menyuruh Perry dan seorang lelaki lain memukul mangsa menggunakan sebuah kerusi, berulang kali menendangnya dan memaksa dia meminum cecair pencuci.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang identitinya tidak didedahkan itu seterusnya dipaksa menyerahkan telefon, dompet, kad bank dan nombor pin sebelum dia dibebaskan.

Matanya ditutup dan dia diletakkan di belakang sebuah kenderaan lalu dicampak di tepi sebatang jalan. Lelaki itu pulang dan menghubungi polis.

Susulan insiden pada Mei 2019 tersebut, polis menjejaki Buddle di sebuah kediaman di bandar Havant. Perry ditahan beberapa hari kemudian. Siasatan yang menyaksikan kedua-dua suspek itu didakwa, melibatkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), sistem televisyen litar tertutup (CCTV), telefon dan kad bank.

Seorang lelaki berusia 26 tahun dari London, lelaki berusia 38 tahun dari Fareham dan lelaki berusia 27 tahun dari Winchester turut ditahan berhubung serangan itu tetapi dibebaskan kemudian.

Perry dijatuhi hukuman penjara 17 tahun, manakala Buddle dihukum penjara 10 tahun. Perry mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan berlangsung. Buddle pula didapati bersalah pada Mei tahun ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI