fbpx
Notis penutup tandas awam di Hentian Sebelah Gua Tempurung (arah Selatan).

Tandas awam Hentian Sebelah Gua Tempurung (arah Selatan) ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Tandas awam di Hentian Sebelah Gua Tempurung (arah Selatan) ditutup sementara bermula 8 pagi 12 Oktober hingga 15 November.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara itu
dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf struktur bangunan dapat dijalankan dengan selamat di hentian tersebut.

“Sehubungan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuhraya supaya merancang perjalanan dan menggunakan kemudahan tandas awam di Kawasan Rehat & Rawat Tapah (arah selatan) atau Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah selatan).

“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya ketika kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN