fbpx
Gambar Shuib menggayakan seutas jam tangan berjenama berserta harganya tular di Facebook semalam.

Jam tangan Shuib jadi bualan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Selepas tular beberapa keping foto kenderaan mewah disyaki milik pelawak dan penyampai radio, Shuib yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), koleksi jam tangan milik selebriti itu pula menjadi bualan netizen semalam.

Menerusi satu perkongsian di akaun Kementerian Netizen Malaysia dan Makcik Kiah menerusi Facebook, suami kepada penyanyi, Siti Sarah itu dilihat menggayakan koleksi jam tangan mewah pelbagai jenama terkenal antaranya seperti Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille.

Perkongsian koleksi jam ta­ngan mewah Shuib telah menarik perhatian netizen apabila mereka telah melakukan carian untuk mengetahui harga jam ta­ngan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di laman sosial tersebut, harga seutas jam ta­ngan yang digayakan Shuib dikatakan bernilai antara RM60,000 hingga RM4 juta.

Namun, Shuib sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pendedahan harga koleksi jam tangan mewah miliknya itu.

Shuib bagaimanapun mene­rusi Insta Story miliknya semalam telah memuat naik status berbunyi: “Alhamdulillah, banyak yang kutuk, hina, maki takpelah, Allah ada…Salam Jumaat semua.”
Pasangan selebriti itu mula menjadi perhatian selepas Shuib yang ditemani Siti Sarah telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya baru-baru ini bagi membantu siasatan kes pe­ngubahan wang haram.

Dalam kes itu, SPRM telah menahan reman lima lelaki terma­suk seorang lelaki bergelar Datuk yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sindiket penipuan Macau Scam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN