fbpx

WBG, TNB bakal terlibat dalam projek CCGT di Kapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Widad Business Group Sdn Bhd (WBG) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperoleh surat hasrat (LOI) daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk projek pembangunan loji turbin gas kitaran gabungan berbilion-bilion (CCGT).

Projek berjuta itu yang akan dibangunkan di tanah milik TNB di Kapar, Selangor melibatkan pembangunan CCGT 2,100 megawatt. 

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad Business Group Sdn. Bhd. Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, tarikh operasi komersial dijangka bermula pada 2031.

Menurut beliau, projek tersebut akan dilaksanakan melalui usaha sama antara TNB dan WBG yang mana syarikat utiliti negara itu akan memegang 60 peratus kepentingan dan bakinya dimiliki oleh WBG.

“Dengan kontrak ini, kami gembira kerana WBG telah diamanahkan dengan peranan penting untuk membantu negara kita mencapai neutral karbon menjelang 2050. 

‘Ketika dunia berlumba-lumba ke arah mengurangkan pelepasan karbon, usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk menangani isu perubahan iklim, termasuk dalam bidang penjanaan tenaga bersih, WBG berhasrat untuk melengkapkan usaha untuk jangka panjang,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Ikmal menerangkan, projek tersebut adalah yang pertama melibatkan usaha samanya dalam dalam pembangunan CCGT dan bakal menjadi batu loncatan utama untuk mengembangkan jejak Kumpulan dalam tenaga boleh diperbaharui. 

“WBG berusaha untuk membina pengetahuan teknikal yang diperoleh daripada projek ini, bersama TNB, untuk melaksanakan lebih banyak projek seumpama itu pada masa hadapan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI