fbpx
Shaikh Hussein.

UMNO P. Pinang bersedia, letak 50 peratus calon muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Barisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) termasuk bakal menampilkan hampir 50 peratus calon muda pada kali ini.

Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Shaikh Hussein Mydin berkata, pihaknya bersiap siaga untuk bertanding semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pemilihan calon pula bakal ditetapkan dalam tempoh seminggu lagi.

“Ada eloknya jika jentera PRU-15 jalan (dilancarkan) serentak semasa mesyuarat peringkat bahagian masing-masing.

“Apa yang boleh saya katakan, hampir 50 peratus muka baharu bakal bertanding nama mereka akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

“Mereka terdiri dalam kalangan profesional merangkumi orang lama yang kekal bertanding, pemuda dan wanita calon muka baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Dalam pada itu, beliau berharap UMNO akan diberikan peluang untuk kembali menerajui kerajaan pusat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN