fbpx
SUAMI menderita apabila isteri lebih utamakan telefon bimbit berbanding keluarga. - GAMBAR HIASAN

Bini suka aibkan suami di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang duda tidak menyangka hubungan rumah tangga yang dibina bersama pasangan yang enam tahun lebih muda daripadanya hanya mampu bertahan sekerat jalan.

Lelaki yang mahu dikenali Azril, 36, itu berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berpisah dengan wanita itu, namun terpaksa berbuat demikian selepas tidak tahan dengan pera­ngai melampau isteri.

Jelas Azril, isterinya dikatakan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga hilang rasa hormat kepada suami, keluarga mertua serta saudara-mara.

“Perubahan sikapnya semakin menjadi-jadi selepas dia melahirkan anak sulung kami yang kini berusia tiga tahun sehingga menyebabkan saya hilang sabar.

“Dia langsung tidak pernah membuat kerja-kerja rumah termasuk menyediakan makanan, jaga anak serta berikan layanan yang baik kepada saya. Yang dia tahu hanyalah berkepit dengan telefon bimbit dan memuat naik luahan isi hati di dalam media sosial termasuk aibkan suami sendiri,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Menurut Azril yang bekerja penolong pegawai tadbir di agensi kerajaan, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya dan sedaya upaya berubah menjadi suami yang terbaik, namun terpaksa memilih perceraian demi keselesaan bersama.

Sementara itu, seorang lagi duda muda yang mahu dikenali sebagai Ammar, 29, memberitahu, penceraian dengan isteri berlaku hanya selepas tiga tahun berkahwin berpunca daripada sikap kurang matang wanita itu.

“Walaupun bergelar isteri, dia masih kekal bersosial dengan rakan-rakannya termasuk keluar rumah hingga tengah malam. Dia juga tidak suka dikongkong oleh sesiapa.

“Sampai bila saya perlu bertahan dengan sikapnya, se­olah-olah dia merasakan dirinya masih anak dara,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN