fbpx

Kuku wanita sama panjang dengan bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kali terakhir dia memotong kuku adalah pada 19917. - Guiness

SAINT PAUL, Minnesota – Wanita dengan kuku tangan paling panjang di dunia, Diana Armstrong, 64, mendedahkan punca dia berhenti memotong kuku disebabkan kematian anak perempuannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut Armstrong, anaknya, Latisha meninggal dunia semasa tidur akibat serangan asma semasa berusia 16 tahun.

Mendiang ialah individu yang bertanggungjawab merias kuku Armstrong setiap hujung minggu dan selepas kematiannya, wanita itu bersumpah tidak akan memotong kuku tangan lagi.

Kali terakhir Armstrong memotong kuku tangannya adalah pada tahun 1997.

Kuku tangan wanita ini berukuran 13 meter yang bersamaan  panjang sebuah bas sekolah.

“Ini adalah cara bagaimana saya mengenang Latisha selepas dia meninggalkan saya secara tiba-tiba.

“Hanya dia sahaja yang tahu bagaimana mahu merias kuku saya dengan baik dan saya mahu sentuhan kali terakhirnya pada kuku saya tidak hilang,” katanya.

Menurut Armstrong, sejak memiliki kuku panjang, dia terpaksa melupakan hasrat memandu kenderaan, pergi ke tandas awam dan sering bergelut untuk menarik zip pakaian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI