fbpx

Rugi RM111 dipukau lelaki asing beli makanan kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lelaki warga asing disyaki memukau seorang pembantu kedai di Seri Kembangan, Sabtu lalu.

SERDANG – Sebuah klinik veterinar haiwan mengalami kerugian sebanyak RM111 apabila pembantu kedai wanita itu disyaki dipukau seorang lelaki warga asing di Seri Kembangan di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa didatangi suspek dipercayai ingin membeli makanan kucing berharga RM11.

Menurutnya, semasa membuat pembayaran di kaunter, suspek telah memberikan wang tunai RM100 kerana tidak mempunyai wang kecil.

“Bagaimanapun, mangsa seolah kena pukau dan telah memberikan semula baki RM100 kepada suspek.

“Setelah suspek beredar, mangsa kemudian menyedari bahawa lelaki terbabit gagal membuat pembayaran RM11 dan mengalami kerugian kedai RM100,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, semakan laporan polis mendapati kes berkaitan modus operandi seumpama itu adalah kes pertama dilaporkan di daerah berkenaan.

“Sekiranya terdapat mangsa lain, polis sarankan untuk membuat laporan di balai terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di media sosial oleh pemilik klinik tersebut mendakwa salah seorang pekerjanya dipukau.

Menurutnya, lelaki tersebut didakwa telah bercakap dalam bahasa ‘pelik’ yang tidak boleh difahami berulang-ulang kali menyebabkan pekerjanya memberikan duit tanpa sedar. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI