fbpx
PARA peserta sedang beraksi dalam salah satu segmen PWM 2022.

Gadis UiTM dinobat juara Pencarian Wanita Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTANDINGAN Pencarian Wanita Melayu 2022 (PWM 2022) bukan sekadar menjadi medan untuk mencari siapa yang paling cantik atau sedap dipandang.

Sebaliknya, turut mencari gadis Melayu yang utuh pada akar budaya.

Pihak penganjurnya iaitu Plaza Shah Alam, Selangor meneruskan pertandingan yang berusia lapan tahun itu selepas edisi 2020 dan 2021 tidak dapat diadakan rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang pandemik Covid-19.

Menurut Pengurus Kanan Plaza Shah Alam, Azura Mokhtar, sasaran pihaknya sebagai penganjur adalah untuk mencari seorang wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.

“Daripada lebih 200 penyertaan hanya 25 dipilih dan 10 peserta akhir terpilih untuk bersaing pada kemuncak pertandingan.

“Selepas acara separuh akhir 6 Ogos lalu, 10 finalis berkampung selama seminggu di Plaza Shah Alam dan perlu menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah PWM 2022 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Sadik Habib di Plaza Shah Alam baru-baru ini.

Azura berkata, aktiviti yang diikuti oleh para finalis adalah kelas etika, perundingan imej, rias, solekan, kecergasan, kebolehan memasak dan juga aktiviti bersama pihak penaja.
Katanya lagi, pada acara akhir semua finalis perlu menjawab soalan tertentu yang diajukan oleh juri-juri jemputan.

“Finalis juga perlu membuat persembahan kebudayaan dari negeri-negeri yang telah ditetapkan kepada setiap peserta.

“Bukan itu sahaja, pemilihan untuk menjadi wajah kempen Habib juga dibuka kepada semua 25 peserta. Tidak hanya terhad kepada peserta akhir mahupun pemenang utama,” katanya.

AQILAH bersyjur selepas dinobatkan pemenang pada pertandingan itu.

 

Beliau berkata, selain dirinya, antara barisan juri ialah pelakon, Vanidah Imran, pensyarah fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Faizal Hamid; Editor Majalah Nona, Kiffy Razak dan penyanyi terkenal, Mas Idayu.

Sementara itu, juara PWM 2022 Aqila Afindi, 21, melahirkan rasa syukur kerana dinobatkan sebagai johan pada cubaan sulung memasuki PWM.

Aqilah yang merupakan pelajar UiTM bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan berkata, dia berpegang kepada kepercayaan bahawa rezeki dari Allah tidak salah alamat.

Aqilah telah mengharungi pertandingan dengan penuh keyakinan dan kesabaran.

“Pertandingan PWM 2022 ini memang sengit tetapi saya terus bersaing dengan penuh komitmen sejak dari peringkat awal.

“Saya berharap kejayaan hari ini akan memberi lebih motivasi untuk saya berjaya sebagai wartawan pada satu hari nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, tanggungjawab yang digalas sebagai ikon wanita Melayu adalah berat kerana cabaran dalam dunia teknologi maklumat hari ini amat mencabar sama ada dalam bidang kerjaya mahupun pelajaran.

Sebagai juara, Aqilah membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta hadiah daripada Habib dan juga hadiah iringan daripada penaja.

Juara turut dimahkotakan dengan tiara mutiara dan berlian bernilai RM156,400.

Sementara itu, naib Juara PWM 2022, Nur Athiyah Hazirah Mohd. Jamil Puad, 26, membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta hadiah daripada Habib dan penaja.

Nur Athiyah Hazirah yang berasal dari Sungai Petani Kedah merupakan seorang akauntan dan model separuh masa.

Dia bersyukur berada di tempat kedua setelah tiga kali mencuba menempatkan diri di kedudukan teratas dalam pertandingan PWM.

“Perasaan saya agak sedih kerana hari ini ibu bapa saya tidak hadir kerana mereka berada jauh di Kedah,” katanya.


PARA pemenang bergambar bersama Meer Sadik (dua dari kiri) dan Azura (kiri) pada acara yang berlangsung di Plaza Shah Alam.

Bagi pemenang tempat ketiga, Siti Aisyah Che Mohamed Zulkifli, 26, yang berasal dari Kota Bharu Kelantan dan dibesarkan di Selangor, dia merancang untuk membuka perniagaan dengan produk jenama sendiri selepas PWM 2022.

“Memang masuk PWM ini untuk membina jenama sendiri selain daripada saya dapat banyak ilmu berharga sepanjang pertandingan.

“Sekarang saya bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam di Starhill Bukit Bintang. Saya juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Komunikasi di UITM Shah Alam sebagai pelajar luar kampus dan insyaAllah tahun depan tamat kursus,” katanya.

Sebagai pemenang tempat ketiga PWM 2022, Siti Aisyah membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta hadiah daripada Habib dan penaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN