fbpx

UiTM terlalu gah buat UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bola sepak UiTM berjaya membenam UPSI

ANJUNG MALIM – Skuad bola sepak Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan mereka terlalu gah selepas membenam pasukan tuan rumah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2-0 untuk menjuarai Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 sebentar tadi.

Kemenangan tersebut memastikan UiTM mempertahankan gelaran buat kali kedua selepas muncul juara ibu segala pingat emas pada edisi 2018.

Kapten pasukan UiTM, Mohamad Azeddy Misra berkata, kemenangan tersebut amat bermakna buat mereka meskipun turun tanpa beberapa tonggak utama.

“Pada malam ini, kami tidak memandang mudah dengan pasukan lawan (UPSI) memandangkan mereka sebelum ini memberi tentangan sengit pada peringkat kumpulan. Malah kami juga kehilangan beberapa tonggak utama disebabkan mereka terpaksa mewakili UiTM FC dalam aksi Liga Perdana.

“Walaupun sedikit gugup disebabkan sorakan tuan rumah dan permukaan padang yang kurang baik namun kami berjaya mengatasinya.

“Terima kasih kepada jurulatih dan pihak pengurusan kerana menjadi tulang belakang kepada kejayaan kami malam ini. Tidak lupa juga kepada 0emain ke-12 yang sanggup hadir ke Tanjung Malim kepada kami,”kata Mohamad Azeddy.

Pada saingan tersebut, hujan yang mula membasahi Stadium UPSI sedikit memperlahan rentak kedua-dua perlawanan.

Bagaimanapun, UiTM berjaya memecah kebuntuan menerusi menerusi rembatan deras kapten pasukan, Mohamad Azeddy yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Najmuddin Ahamd Shafri pada minit ke-36.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan UPSI cuba bangkit dalam misi mencari gol penyamaan namun percubaan Mohd. Alief Najmi Mohd. Radzi minit me-44 gagal disambut baik oleh mana-mana pemain.

Memasuki babak kedua, UPSI dilihat cuba menggandakan serangan untuk mencari gol penyamaan namun sekali lagi dipatahkan benteng pertahanan The Lion Troops.

Keasyikan UPSI mencari gol penyamaan mengundang padah apabila sekali lagi dibolosi pada minit ke 86 menerusi Muhammad Faris Hafiz Azhar sekaligus melenyapkan harapan pasukan tuan rumah untuk mencari kemenangan di laman sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI