fbpx
RAMAI golongan muda tidak mempunyai pengetahuan atau pengurusan kewangan yang bagus sehingga menyebabkan mereka terjebak kepada budaya berhutang.

Orang muda tertekan, hutang makin bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kaedah pembelian barangan melalui perkhidmatan Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL) yang mula diperkenalkan tahun lalu seolah-olah telah menjadi ‘hobi’ baharu dalam kalangan pengguna khususnya golongan muda.

Selain prosesnya yang ringkas dan cepat, skim pembiayaan dan pembayaran yang ditawarkan juga dianggap sangat mudah serta memberi peluang kepada semua golongan untuk membeli barang idaman mereka.

Bagaimanapun, keghairahan menggunakan perkhidmatan ini tanpa sebarang kawalan hanya akan mengundang beban jangka panjang apabila pengguna be­risiko terjerat kepada hutang keliling pinggang.

Berkongsi pengalaman pahit, seorang juruteknik, Ahmad Ilham, 35, berkata, dia kini menanggung hutang sebanyak RM1,941 yang sepatutnya dilunaskan pada 10 Ogos lalu.

“Saya mula aktif menggunakan BNPL pada Jun 2021 di­sebabkan tak boleh beli di kedai ekoran Perintah Kawalan Perge­rakan (PKP). Lagipun, saya hanya terima gaji pokok kerana syarikat menjalankan sistem penggiliran tanpa kerja lebih masa.

“Pada awalnya, saya berani membeli barang bagi aktiviti khemah dalam jumlah sedikit sahaja kerana mahu mencuba kaedah baharu ini. Ketika itu, saya masih mampu membayar mengikut waktu yang ditetapkan.

“Selepas itu, saya mula rasa seronok untuk berbelanja dan terus membeli pelbagai lagi barang keperluan lain,” katanya kepada Kosmo!.

BNPL menawarkan pembelian barangan secara mudah dan cepat.

Tambah Ahmad Ilham, lebih malang lagi apabila dia gagal melunaskan bayaran mengikut tempoh tertentu sehingga menyebabkan hutangnya mening­kat lapan kali ganda dan kini mencecah ribuan ringgit.

“Duit simpanan semua sudah habis dan minggu hadapan, saya jangkakan jumlah hutang akan meningkat. Jika lewat bayar selama seminggu, pengguna akan dikenakan caj penalti sehingga RM10,” jelasnya.

Berita berkaitan: Beli dulu, bayar kemudian cara paling mudah berbelanja

Seorang lagi pengguna BNPL dikenali sebagai Alya, 28, me­ngakui, corak perbelanjaannya berubah apabila mula mengenali kaedah pembayaran tersebut.

“Sebelum ini, saya lebih berminat membeli barang ketika ada promosi atau potongan harga, tetapi bila guna BNPL, perasaan itu lain sikit.

“Dahulu tambah ke ‘troli’, ada duit baru beli. Kini tidak perlu lagi, nak beli boleh beli terus dan jika ada duit, baru bayar.

“Sebelum ini, saya bebas sebarang hutang, tetapi akibat terlalu ghairah berbelanja, saya kini penghutang tegar dan akan te­rima notifikasi peringatan pada setiap bulan untuk melangsaikan bayaran,” jelas Alya yang bekerja sebagai kerani.

Turut menerima nasib sama adalah pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Komputer (Rangkai­an) yang mahu dikenali sebagai Muizz apabila dia kini berdepan masalah kewangan bagi menghabiskan tempoh pengajiannya.

Katanya, duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima te­lah habis digunakan untuk membeli set peranti komputer.

“Walaupun guna kaedah BNPL, bila lewat, bayaran bulanan makin mahal, duit gaji sebagai pekerja sambilan di kafe kolej tidak cukup nak tampung, akhir­nya terpaksa guna PTPTN untuk selesaikannya,” tambahnya.

Di Shah Alam, Selangor, seorang kakitangan swatsa dikenali Nazeem, 33, mengakui berdepan beban hutang lebih RM17,000 akibat terlalu ghairah membeli barangan berjenama terutama pakaian, topi dan kasut.

“Pada awalnya, saya hanya membeli baju sebelum tertarik dengan kasut berjenama dan topi sehingga sanggup membe­linya pada setiap bulan.

“Kini, saya tertekan kerana hutang sudah melebihi RM17,000 dan kerap menerima panggilan telefon supaya segera membayarnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN