fbpx
REKAAN luaran Honda Civic varian RS eksklusif dengan beberapa kemasan hitam berkilat antaranya pada pemegang pintu dan cermin sisi.

Gaya sporty, berani varian RS Honda Civic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Model terkini Honda Civic RS dilengkapi teknologi inovatif dan pintar yang berupaya menarik perhatian keluarga muda urban, golongan profesional dan sesiapa sahaja yang sedang mencari kenderaan bergaya dengan reka bentuk matang.

Honda Civic RS dilancarkan pada bulan Januari lalu bersama dua varian lain V dan E dengan menawarkan enjin 1.5 liter turbo bersama transmisi CVT.

Kombinasi tersebut menawarkan kuasa maksimum 182PS pada 6,000rpm dan tork tertinggi 240Nm pada 1,700-4,500rpm.
Model generasi kesebelas ini berada dalam segmen C yang bersaing dengan Toyota Altis dan Mazda 3.
———————————————————————————————————————————————————————————
REKAAN sesebuah kenderaan menjadi antara faktor utama pembeli membuat pilihan selain teknologi, kecekapan bahan api dan ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan.

Justeru, jurutera syarikat automotif perlu memikirkan rekaan terbaik yang akan dihasilkan sebelum sebuah kenderaan dibuat.

Baru-baru ini penulis telah diberi peluang oleh Honda Malaysia untuk membuat pandu uji model Civic varian RS selama beberapa hari.
Honda Civic RS dilancarkan pada bulan Januari lalu bersama dua varian lain V dan E dengan menawarkan enjin 1.5 liter turbo bersama transmisi CVT.

Kombinasi tersebut menawarkan kuasa maksimum 182PS pada 6,000rpm dan tork tertinggi 240Nm pada 1,700-4,500rpm.
Model generasi kesebelas ini berada dalam segmen C yang bersaing dengan Toyota Altis dan Mazda 3.

Penulis difahamkan, ketika proses pembangunan model Civic ini, pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda telah memberikan segala usaha dan idea mereka dalam membentuk bahagian luaran, dalaman dan pakej keseluruhan kereta ini.

REKAAN dalamannya yang kelihatan elegan dengan material kulit dan papan pemuka Honeycomb Mesh.

Model ini dihasilkan dengan terjemahan unsur-unsur klasik di samping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan.

Konsep reka bentuk yang diketengahkan memberikan identiti alaf baharu untuk sebuah model sedan di samping hadir dengan ciri-ciri dan teknologi terkini, namun dalam masa sama mengekalkan DNA model Civic.

Model ini juga merupakan Civic pertama dengan varian RS yang diperkenalkan Honda Malaysia. Varian RS hadir dengan ciri-ciri sporty dan gaya berani. Antara ciri-ciri luaran eksklusif RS adalah seperti kemasan hitam berkilat di pemegang pintu dan cermin sisi, antena ‘shark fin’ serta spoiler.

Sementara itu, ekzos berkembar dengan kemasan krom dan rim aloi hitam bersaiz 18 inci berserta tayar 235/40 melengkapkan imej sporty.

Model ini menggunakan lampu utama, lampu nyalaan siang, lampu kabus dan lampu belakang jenis LED.

Honda Civic RS ini turut hadir dengan ciri-ciri Honda Sensing.

Selain itu, ciri-ciri keselamatan lainnya seperti Honda LaneWatch3, enam beg udara, bantuan kestabilan kenderaan (vehicle stability assist), bantuan mula mendaki (hill start assist) dan amaran berhenti kecemasan (emergency stop signal).


SPOILER dan antena shark fin juga berwarna hitam berkilat yang memberi imej sporty.

Turut melengkapinya ialah sistem brek antikunci (antilock braking system), agihan brek elektronik (electronic brake distribution) dan brek pegun automatik (auto brake hold).

Dua ciri keselamatan baharu pada model ini pula ialah amaran tali pinggang keledar pada tempat duduk belakang (rear seat belt reminder) dan pengawas tahap perhatian pemandu (driver attention monitor).

Terdapat juga ciri-ciri canggih seperti kunci automatik bila beredar (walk away auto lock) yang mana kereta akan dikunci secara automatik apabila kita beredar dua meter dari kereta atau selepas 30 saat. Jangan risau ciri-ciri ini hanya aktif bila kunci dibawa bersama.

Pemandu juga boleh menghidupkan enjin dari luar kenderaan kerana model ini juga dilengkapi Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) yang merupakan ciri standard untuk semua varian.


KENDERAAN dengan rekaan sporty ini dilengkapi rim aloi hitam bersaiz 18 inci berserta tayar 235/40.

Masuk ke ruang kabin, konsep baharu yang diketengahkan pada model ini memberikan rasa premium terutamanya penggunaan panel Honeycomb Mesh pada papan pemukanya.

Varian RS juga hadir dengan tempat duduk kombinasi kulit berjahitan benang merah. Bahagian bumbung pula menggunakan tona warna hitam di samping pemijak pedal sport serta lampu pada bahagian kaki. Senang nampak barang waktu gelap.

Sistem infotainment kereta ini hadir dengan skrin berukuran sembilan inci serta boleh dipadankan dengan ciri-ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Kesimpulannya, pada pandangan penulis, Honda Malaysia telah menawarkan sebuah model yang dilengkapi teknologi inovatif dan pintar serta akan menarik perhatian keluarga muda urban, profesional dan sesiapa saja yang sedang mencari kenderaan bergaya dengan reka bentuk matang.

Berbanding model segmen C yang ditawarkan pada ketika ini, adakah mungkin model ini akan meneruskan legasi Civic sebagai sebuah kereta popular? Kita tunggu dan lihat.


TERTULIS label RS pada bahagian depan kereta ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN