fbpx

Mahkamah: Najib berhentikan khidmat Muhammad Shafee wakili kes SRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafee

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Perkara itu dimaklumkan oleh firma guaman Tetuan Shafee & Co. melalui sepucuk surat Pemakluman Perberhentian Kaunsel dan Peguam Cara kepada pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan bertarikh hari ini.

Berdasarkan surat berkenaan, pihaknya telah diberhentikan oleh Najib kira-kira pukul 5 petang semalam dan Ahli Parlimen Pekan itu telah melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahguan Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam berasal dari Singapura, Niru Pillai.

Firma guaman tersebut memberitahu, pihaknya akan menyerahkan segala dokumen fizikal dan digital kepada Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) selewat-lewatnya hari ini.

Tambah firma guama Muhammad Shafee, salinan digital bagi kesemua rekod rayuan, kertas-kerta kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan dan kertas-kertas kausa bagi meminda Notis Usul telah pun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lalu.

Rayuan akhir Najib dijadualkan untuk pendengaran selama 2 minggu bermula 15 Ogos ini. Muhammad Shafee telah mewakili Najib sejak Ahli Parlimen Pekan itu didakwa pada 4 Julai 2018. Prosiding terakhir membabitkan kedua-dua pihak itu adalah pada 21 Julai lalu.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI