fbpx
HINDARKAN diri daripada melayan perasaan was-was.

Was-was mainan syaitan ketika beribadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ada sesetengah individu mempunyai ‘penyakit’ was-was. Kalau ambil wuduk, selalu rasa tidak puas dan syak macam wuduk batal. Apakah penyelesaiannya?

JAWAPAN:
Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan diri daripada melayannya. Ini kerana, melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah.
Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit buruk ini.
Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan ajaran fekah yang suka menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua membebankan dan juga terlalu melayan gangguan perasaan.
Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w atau mandi seperti baginda masih tidak bersih.
Antara ajaran menyebabkan was-was ialah pendapat yang mewajib mengurut kemaluan selepas kencing. Tiada nas yang sahih dalam perkara itu.
Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas buang air kecil, ambil air dan direnjis pada pakaian. Tujuannya, jika ternampak kesan air, anggaplah air renjisan tadi.
Al-Imam Ahmad ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak, insya-Allah,” (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94). Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis Al-Hakam bin Sufyan:
“Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda,” (Riwayat Ahmad, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah dll. Sekurang-kurang hasan kerana syawahid). Nabi s.a.w melakukan perbuatan itu sebagai panduan untuk mengelakkan was-was.
Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak yakin betul-betul keluar atau hanya perasaan, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti? Jawab Nabi s.a.w:
“Jangan berhenti sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut).”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN