fbpx

Harga ayam stabil, ada peniaga jual bawah RM9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar mendapati berlaku trend penurunan minyak sawit ketika ini.

PUTRAJAYA – Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mahu pengilang dan peruncit menurunkan harga minyak masak yang dijual apabila harga minyak sawit turun kepada RM3,750 setong.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya mendapati berlaku trend penurunan minyak sawit dengan kadar RM3,800 setong ketika ini.

Katanya, adalah tidak adil apabila harga minyak turun, harga jualan barangan berkenaan tidak diturunkan. 

“Dalam masa sama, semua agensi-agensi termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diarah untuk melihat mekanisme harga runcit minyak masak dengan 22 pengeluar,” katanya selepas mesyuarat pasukan berkenaan di sini hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan ayam, Annuar berkata, jumlah keseluruhan subsidi ayam yang diperuntukkan kerajaan sejak 5 Februari adalah RM1.1 bilion.

Katanya, berdasarkan laporan harga serta bekalan bahan mentah itu stabil dan ada pihak yang menjual lebih rendah daripada RM9.

Annuar berkata, kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa langkah untuk memastikan bekalan ayam terus stabil di pasaran termasuk mempermudah cara prosedur import ke atas empat komoditi iaitu soya, gandum, jagung dan makanan ternakan. 

“Malah, kita mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan yang sebelum ini 30 hingga 90 hari kepada tujuh hari bekerja dan menambah pusat penyembelihan serta loji pemprosesan di luar negara,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI