fbpx

Penduduk Kampung Binjai guna sumber mata air masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Kampung Binjai, Bayan Lepas di sini terpaksa menggunakan sumber mata air di kawasan Masjid Kampung Binjai selepas bekalan air terputus di kawasan itu sejak semalam. - Foto oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Lebih 1,000 penduduk di Kampung Binjai, Bayan Lepas di sini termasuk penduduk berhampiran terpaksa menggunakan sumber mata air di Masjid Jamek Kampung Binjai ekoran mengalami bekalan air terputus tanpa notis sejak semalam.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bekalan air masih belum pulih di kawasan berkenaan susulan air dari Sungai Muda tidak dapat disalurkan ke operasi loji rawatan air (LRA) di Sungai Dua di Seberang Perai kerana kadar kekeruhan air mentah yang tinggi akibat banjir di Baling, Kedah, Isnin lalu.

Tinjauan mendapati kawasan mata air yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1813 itu menjadi tumpuan penduduk setempat sejak petang semalam untuk kegunaan harian sehingga bekalan air pulih.

Sebelum ini, mata air berkenaan turut digunakan untuk kegunaan aktiviti masjid dan terbuka untuk penduduk tanpa mengira agama dan kaum.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Binjai, Basseri Hashim, 61, sumber mata air di sini telah menjadi tumpuan penduduk sejak pukul 1 tengah hari semalam.

“Sumber air ini tidak pernah kering sejak dahulu dan pengurusan masjid telah membina kolam tadahan bagi memudahkan penyaluran mata air yang berada di kawasan Bukit Payung, belakang masjid ini.

”Selepas bekalan air tiada sejak tengah hari semalam, orang ramai mula mengambil mata air ini bagi kegunaan harian mereka sementara menanti bekalan air pulih,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Binjai di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk dari Teluk Kumbar, Shabihis Ayub, 66, memberitahu, bekalan air secara tiba-tiba terputus pada pukul 12 tengah hari semalam tanpa sebarang notis daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI