fbpx
Bomba menjalankan kerja pembaikan di lokasi kebakaran sebuah rumah panjang di Betong, Sarawak

Budak lelaki rentung, keluarga melecur rumah panjang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BETONG – Seorang budak lelaki berusia lima tahun rentung manakala adik dan ibu mangsa melecur separuh badan dalam kebakaran di sebuah rumah panjang di Bukong Asal dekat Jalan Lidong di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.22 pagi tadi.

Keadaan budak lelaki berusia lima tahun yang rentung akibat kebakaran

“Susulan itu, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kebakaran di sebuah rumah panjang menempatkan 59 orang penghuni,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, seorang budak lelaki berusia lima tahun ditemui dalam keadaan rentung di ruang dapur bilik nombor 11 semasa kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Katanya, ibu mangsa yang berusia 25 tahun serta adik perempuan berusia dua tahun melecur hampir 50 peratus dan telah dihantar ke Hospital Betong bagi mendapatkan rawatan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI