fbpx

Fazura buat hal, makan keropok sebalang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI lucu Fazura makan keropok sambil memegang balang besar.

BUAT hal betul Fazura sampai naik kejung perut Diva ketawa tak berhenti-henti. Mana tidaknya, Fazura yang selama ini kita kenal sebagai seorang wanita elegan tiba-tiba menunjukkan sisi dirinya yang berbeza.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan Fazura dalam akaun TikTok miliknya. Menerusi video tersebut, kelihatan Fazura sangat berselera makan keropok di rumah kenalannya.

Apa yang membuatkan peminat dan netizen terhibur, Fazura makan keropok dengan bersahaja sambil memegang balang yang begitu besar.

Siap peluk lagi balang itu sampai terangguk-angguk kepala mengunyah keropok. Memang nampak layan habis. Amboi tamaknya!

Sudahlah makan tidak toleh kiri kanan, Fazura boleh salahkan keropok lagi.

“Ini salah keropok. Kalau tidak ada (keropok), saya akan sopan,” katanya.

Entah-entah habis satu balang besar ‘dikerjakan’ Fazura. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat aktres itu. Ada juga yang berkata, senang nak layan tetamu seperti Fazura, bagi makan keropok pun dah seronok.

DIVA: Berlumba-lumba Che Ta dan Neelofa keluarkan produk inai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI