fbpx
SALAH hanya memiliki baki kontrak semusim lagi di Anfield dan rundingan perjanjian baharu masih belum menemui kata putus. – AFP

Barcelona minta Mohamed Salah bersabar dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Barcelona dilaporkan sedang memujuk bintang Liverpool, Mohamed Salah untuk terus bertahan semusim lagi di Anfield sebelum mereka mendapatkannya secara percuma musim depan.

Pemain antarabangsa Mesir itu hanya berbaki kontrak semasa semusim sahaja lagi bersama The Reds dan masih belum ada petanda bahawa akan menerima perjanjian baharu selepas beberapa rundingan sebelum ini gagal.

Barcelona dilaporkan sema­kin bersemangat untuk kembali dalam pasaran perpindahan bagi mendapatkan pemain-pemain baharu selepas menerima dana sebanyak £235 juta (RM1.28 bi­lion) daripada penaja baharu mereka, Spotify.

Menurut laporan, Salah dijanjikan tawaran lumayan daripada Barcelona sekiranya berpindah secara percuma pada musim panas tahun hadapan.

Laporan juga turut mengaitkan Barcelona adalah punca mengapa Salah masih belum bersedia menerima beberapa tawaran yang diberikan oleh Liverpool biarpun menyatakan kesanggupan untuk kekal bersama pasukan itu.

Situasi itu menyebabkan Li­verpool berada dalam dilema sama ada melepaskan Salah pada jendela perpindahan kali ini ataupun berdepan risiko kehila­ngan khidmatnya secara percuma musim depan.

Perkembangan terbaharu itu pastinya membuatkan pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp berdepan situasi sukar apabila mereka juga turut berdepan kehilangan Sadio Mane yang dilapor menerima tawaran lumayan dari Bayern Munich. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN