fbpx

Kedah mahu padi ditanam lima kali dalam tempoh dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi Md. Nor menyampaikan sumbangan bantuan wang ihsan kepada ketua isi rumah yang terjejas dalam kejadian banjir di daerah Pokok Sena pada Oktober tahun lalu

ALOR SETAR – Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk memastikan penanaman padi di Kedah dapat dilaksanakan sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun bagi memastikan negara tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada beras yang diimport.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan memandangkan ketika ini sudah ada usahawan yang berminat untuk terlibat dalam projek tersebut.

Katanya, Kerajaan Persekutuan walau bagaimanapun perlu memainkan peranan terutama berkaitan pemberian subsidi baja, benih serta racun untuk pertambahan bilangan penanaman padi bagi tempoh dua tahun.

“Kita nak susun semula aspek penanaman padi ini. Kalau tidak boleh dibuat dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), kita akan usahakan di luar kawasan MADA.

“Setakat ini kita sudah mulakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi melaksanakan perkara itu. Secara keseluruhannya kita mungkin sudah berada pada tahap 40 peratus sebelum inisiatif ke arah itu dapat dimulakan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan wang ihsan kepada 358 ketua isi rumah di Pejabat Daerah Dan Tanah Pokok Sena di sini hari ini.

Kesemua penerima bantuan bernilai RM1,000 sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu merupakan mereka yang terjejas dalam kejadian banjir di daerah ini pada 31 Oktober tahun lalu.

Ketika ini, penanaman padi dilaksanakan cuma dua kali setahun di negeri ini dengan Kedah turut membekalkan 43 peratus bekalan beras ke seluruh tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN