fbpx
Zaidy (kanan) menunjukkan gambar pakaian dan cincin ditemui pada mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti di IPD Kuala Muda di Sungai Petani, hari ini.

Mayat lelaki dalam guni pakai cincin bertulis Wana Love Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Mayat lelaki yang ditemui terapung di Kampung Sungai Batu Besi di sini pada Jumaat lalu didapati memakai sebentuk cincin bertulis ‘Wana Love Wan’.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan kaki dan tangan diikat serta bahagian kepala hingga pinggang diserkup menggunakan guni oleh sekumpulan nelayan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia lingkungan antara 30 hingga 40-an dan mempunyai ketinggian 163 sentimeter dan berat 52 kilogram (kg).

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju T lengan pendek berwarna merah serta kelabu di bahagian kolar dan lengan.

“Mangsa juga memakai sebentuk cincin warna silver di jari tangan kiri yang bertulisan Wana love Wan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa agar menghubungi pihak polis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI