fbpx

[VIDEO] Rakan sekolah bersedih, titip doa buat Nabil Haikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran kereta dan treler muatan besi yang mengorbankan lima individu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di sini.

PETALING JAYA – Rakan sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga salah seorang mangsa kemalangan jalan raya yang mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) malam tadi.

Ucapan takziah itu dimuat naik di Facebook Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Selayang 2 yang mana merupakan sekolah Allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz.

“Salam takziah diucapkan kepada bekas murid SK Bandar Baru Selayang 2, arwah Muhammad Nabil Haikal yang terkorban dalam kemalangan di Terowong Menora.

“Semoga Allah mencucuri rahmat terhadap roh beliau. Amin,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, Muhammad Nabil bersama empat lagi rakannya rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora.

Mereka yang terkorban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dalam kejadian pukul 12.52 tengah malam itu, kesemua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI