fbpx
Antara menu RMT yang disediakan kepada murid-murid daripada keluarga miskin secara percuma. Gambar hiasan

RMT bantu ramai murid miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – “Saya berharap pengusaha kantin dapat terus menyediakan menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kerana ia terbukti dapat meringankan beban keluarga kurang berkemampuan selama ini.”

Pandangan itu disuarakan Rohaida Md. Tahir, 39, yang me­ngakui bahawa tiga orang anak­nya telah menerima manfaat daripada program itu sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, dua orang anaknya yang belajar di tahun dua dan tiga masih menerima bantuan RMT di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat, Sitiawan, Perak.

“Suami saya kini terlantar akibat penyakitnya, jadi sudah tentulah RMT yang disediakan di sekolah benar-benar membantu kami sekeluarga,” katanya kepada Kosmo!.

Rohaida yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, setakat ini, menu yang disediakan masih berkualiti serta memberi manfaat kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

Antara menu RMT di sekolah tersebut termasuklah nasi putih yang dipadankan dengan lauk seperti ayam masak merah atau masak kicap serta buah-buahan.

“Daripada pemerhatian saya, ramai yang perlu dibantu menerusi RMT, jadi ia pasti akan menjejaskan golongan susah sekiranya program itu dihentikan,” ujarnya.

Sementara itu, Juriah Hamzah, 46, berkata, tiga orang anaknya juga menerima manfaat daripada RMT dan dia sangat bersyukur apabila program tersebut masih diteruskan kerajaan.

Dia yang terpaksa berhenti kerja ekoran masalah kesihatannya memberitahu, keluarganya kini mengharapkan sepenuhnya bantuan RMT.

“Saya lega anak-anak me­nerima RMT. Sekurang-kurang­nya saya tidak bimbang mereka akan kelaparan kerana makanan yang disediakan di sekolah adalah berkhasiat,” ujarnya.

Bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa juga berharap peruntukan RMT itu dinaikkan bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung pengusaha kantin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN