fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan lapan buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda beberapa daerah di Kedah seperti Langkawi, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Selain itu, di Perak, cuaca buruk yang sama diramal melanda Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Dalam pada itu, bagi negeri Pantai Timur, hujan lebat serta ribut petir dijangka tertumpu daerah Jeli dan Pasir Puteh, Kelantan, manakala bagi negeri Terengganu pula, kesemua kawasan bakal menerima hujan lebat sehingga lewat petang nanti.

“Di Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Keadaan yang sama dilaporkan tertumpu sekitar Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, hujan lebat dilihat sedang berlaku di beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Belaga), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah pula, cuaca buruk itu dilaporkan berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia, ramalan tersebut dijangka berterusan sehingga pukul 7 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN