fbpx

Kerana hutang, jenazah lelaki dilarang dimandikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di rumah arwah Rusli ketika mayatnya dilarang dimandikan sebelum hutangnya dibayar. - Tribun Timur

JAKARTA – Jenazah seorang lelaki di Kabupaten Takalar, wilayah Sulawesi Selatan tidak dapat dimandikan gara-gara gagal melunaskan hutang sebelum meninggal dunia, lapor laman Tribunnews, semalam.

Jasad Rusli Daeng Sute ditahan daripada proses mandi jenazah oleh pemiutang wanita bernama DN sehingga ada pihak yang dapat menyelesaikan hutang arwah.

Menurut maklumat yang diterima, DN sebenarnya adalah sepupu arwah sendiri dan telah memberi pinjam wang tunai sebanyak 2 juta rupiah (RM602) kepada arwah Rusli.

“Selagi hutang Rusli tidak dibayar, jangan ada sesiapa yang mandikan atau uruskan jenazahnya,” kata DN ketika datang membuat kecoh di rumah arwah.

Meskipun dipujuk agar hal hutang diselesaikan selepas pengebumian selesai, DN bertegas mahu wangnya dibayar serta merta.

Suasana tegang itu berjaya ditenangkan selepas ahli keluarga Rusli berjaya mengumpulkan RM602 untuk dibayar kepada DN.

Video amukan DN menjadi tular di media sosial Indonesia gara-gara enggan membenarkan jenazah sepupu sendiri disempurnakan sebelum hutang dibayar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI