fbpx

KWSP pengeluaran khas, zakat RM250 jangan lupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Info zakat bagi pengeluaran khas KWSP.

PETALING JAYA – Zakat sebanyak RM250 wajib dikeluarkan bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat Pengeluaran Khas sebanyak RM10,000.

Perkara tersebut disahkan oleh Zakat Pulau Pinang di laman sosial Facebook rasminya hari ini.

Jelasnya, wang caruman KWSP yang dikeluarkan oleh pencarum adalah dikategorikan sebagai al-maal al-mustafad.

“Ini bermaksud; apa-apa pendapatan atau harta yang dimiliki dengan cara upah, ganjaran, pemberian, pindahan dan lain-lain pendapatan yang bukan berpunca daripada pulangan simpanan, pelaburan atau aktiviti jual beli.

“Mengikut kiraan, jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus, sebagai contoh RM10,000 didarab 2.5 peratus adalah RM250.

“Maka jumlah yang perlu dikeluarkan zakat bagi pencarum yang mendapat RM10,000 adalah sebanyak RM250,” jelasnya.

Tambahnya lagi, terdapat tiga situasi bayaran zakat bagi Pengeluaran Khas KWSP iaitu situasi pertama adalah serta merta.

“Situasi ini diwajibkan zakat serta merta sekiranya pendapatan tahunan seseorang pencarum KWSP itu sudah melebihi nisab tahun pertama.

“Situasi kedua adalah cukup Haul yang bermaksud seseorang itu perlu menunggu sehingga akhir tahun (haul) kerana yakin pendapatan tahunan mencapai nisab setelah wang pengeluaran KWSP ini digabungkan,” jelasnya.

Manakala situasi ketiga adalah tidak wajib zakat kerana tidak mempunyai sebarang pendapatan dan pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan asasi diri dan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI