fbpx
Suspek yang ditahan selepas membuat aksi ‘wheelie’ di Jalan Pangkal Kala, Pasir Mas semalam.

Pakai baju Melayu, kopiah buat aksi ‘wheelie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki memakai baju Melayu dan kopiah dicekup selepas melakukan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal di Jalan Pangkal Kala, Pasir Mas dekat sini semalam.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang selepas dia dipercayai baru selesai menghantar juadah berbuka yang dipesan oleh pelanggan dari kedai makan ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, polis melihat lelaki tersebut melakukan aksi berbahaya itu semasa menjalankan operasi Op Samseng Jalanan bermula pukul 5 petang hingga 10 malam.

Katanya, polis turut menemui sebutir pil kuda di dalam kotak rokok yang ada bersama suspek semasa pemeriksaan dijalankan.

“Kita turut merampas motosikal jenis Honda C70 yang ditunggang suspek untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, menurut Shuhaimi, sebanyak 35 motosikal diperiksa dan 29 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan dalam operasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI