PETALING JAYA – Keseronokan menyambut Hari Raya Aidilftri cuma sebulan, tetapi beban perlu ditanggung untuk membayar balik pinjaman bertahun-tahun. Itu antara pengakuan seorang kakitangan eksekutif sebuah pasar raya di Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, 45, kepada Kosmo! baru-baru ini. Menurutnya, dia membuat pinjaman RM10,000 daripada sebuah institusi kewangan kira-kira lima tahun lalu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. “Ketika itu saya memerlukan wang antaranya untuk ubah suai kabinet dapur, beli langsir dan beberapa perabot baharu sempena Hari Raya Aidilftri.……














