fbpx

‘Jangan nafi hak kami imarah surau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu bakar menunjukkan stor yang dikunci itu.

KUALA SELANGOR – Jawatankuasa Surau Avenham Garden Eco Grandeur, Puncak Alam di sini kesal dengan tindakan pihak tertentu yang didakwa menafikan hak mereka untuk mengimarahkan surau di perumahan elit itu.

Isu itu timbul apabila stor berdekatan surau berkenaan dikunci secara tiba-tiba hingga menyukarkan aktiviti pengimarahan sempena Ramadan seperti berbuka puasa dan moreh.

Pengerusi Jawatankuasa surau itu, Hafiz Roslan berkata, ia disedari jemaah yang melihat notis pengosongan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) ditampal di stor berkenaan, Khamis lalu.

Katanya, pihaknya kemudian terkejut mendapati stor itu dikunci dengan mangga baharu pada keesokkan harinya.

“Kami terkilan kerana tindakan itu menyulitkan aktiviti keagamaan dan imarah kepada lebih 300 penduduk Islam di taman ini terutama ketika Ramadan.

“Stor di kawasan premis surau itu sudah lama digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan seperti tikar, kerusi, meja, pinggan mangkuk dan barang kelengkapan jenazah,” katanya ketika ditemui di surau itu, hari ini.

Jelas Hafiz, pihaknya kini terpaksa mengeluarkan dana bagi membeli barangan untuk keperluan jemaah selepas solat tarawih.

“Saya kecewa kerana Kebenaran Merancang (KM) jelas menyatakan bahawa kawasan perumahan yang mempunyai 500 unit di sesebuah perumahan mesti dibina kemudahan surau 0.2 hektar,” katanya yang membuat laporan berhubung isu itu di Balai Polis Saujana Utama.

Bagi Imam surau itu, Abu Bakar Abd. Ghani, 59, isu berkenaan tidak seharusnya timbul terutama ketika umat Islam mahu meraikan Ramadan dengan sempurna.

Sementara itu, wakil JMB Avenham Garden ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI